Powered By Blogger

TRAVEL OR SHOPPING

Isnin, 25 Januari 2010

KOMIK

 Teringat aku masa kecik-kecik dulu masa tu umur aku ada la dalam 9tahun,aku suka sangat baca komik seingat aku komik Wak Dojer karya husin saad masa tu harganya 35 sen...duit susah masa tu,duit belanja sekolah aku aku kumpul  untuk beli komik.Ramai pelukis komik masa tu antaranya  yamin daud,khuzae,d.yusoff,arham,s.zain dan ramai lagilah.

   Komik era 70an berkisar tentang cerita pendekar seperti topeng hitam,jubah hitam yang di lukis oleh saari a.m.
Komik yang berbentuk pengembaraan banyak dilukis oleh d.yusoff antaranya pengembaraan sinbad,pendekar moyet pula dilukis oleh yamin daud.Mansor ibrahim pelukis pelukis yang hebat komiknya seperti komik hong kong kemana hilangnya mereka...masa telah berubah kanak-kanak sekarang sudah tak minat baca komik mereka lebih suka main games dan banyak komik luar yang dialih bahasa ..yang ada sekarang dan dapat bertahan lagi seperti komik gila-gila,ujang dan komik-komik baru,mampukah komik-komik melayu bersaing dengan komik dari luar negara..bersama lah kita menyokongnya....

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN SUKA NI

Related Posts with Thumbnails

CUACA

bloguez.com

PELAWAT